Sunday, July 08, 2012

Senarai Cerpen

(1) Judul : Di Sebalik Wajahmu, Aries
Tarikh Tersiar : Sepember 1990
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Persisiran Senja (DBP 1990), Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(2) Judul : Atlantis, Duniaku Duniamu
Tarikh Tersiar : Mac 1991
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Atlantis, Duniaku Duniamu (DBP 1991), Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)
Anugerah : Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1991


(3) Judul : Penawar Astrid
Tarikh Tersiar : September 1991
Media : Dewan Siswia
Antologi / Kumpulan Cerpen : Atlantis, Duniaku Duniamu (DBP 1991), Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)


(4) Judul : Annyss Sophilea
Tarikh Tersiar : Oktober 1992
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Annyss Sophilea (DBP 1992), Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002), Antologi Anak Laut (DBP 2001)
Anugerah : Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1992, Terpilih untuk teks bacaan KOMSAS Tingkatan 4 mulai Tahun 2001.

(5) Judul : Anugerah Amariss
Tarikh Tersiar : Oktober 1993
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Rahsia (DBP 1993), Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)
Anugerah : Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993

(6) Judul : Terima Kasih Addy Haswyra
Tarikh tersiar : 1993
Antologi Cerpen: Nur Sadiq (DBP 1993)

(7) Judul : Selamat Datang Annyss Sophilea
Tarikh Tersiar : 1993
Antologi Cerpen : Nur Sadiq (DBP 1993)

(8) Judul : Geminis II : Sentuhan TragediTarikh tersiar : 1993
Antologi Cerpen : Wajah Di Kanvas (DBP 1993)
Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(9) Judul : Warkah Terakhir
Tarikh tersiar : 1994
Antologi Cerpen : Dari Sudut Sebuah Jendela (DBP 1994)

(10) Judul : Hanya Sesaat Darimu
Tarikh Tersiar : 1994
Antologi Cerpen : Dari Sudut Sebuah Jendela (DBP 1994)

(11) Judul : Dua Dekad Pertama
Tarikh Tersiar : November 1995
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan cerpen : Kumpulan Cerpen Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(12) Judul : Hardanna
Tarikh tersiar : 1995
Media : Aspirasi UKM 1995/1996
Antologi / Kumpulan Cerpen : Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(13) Judul : Annyss Sophilea, Puteriku
Tarikh Tersiar : Ogos 1996
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(14) Judul : Pintu Senja Eur Durantis
Tarikh Tersiar : Mei 1996
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(15) Judul : Legenda Vigna Y'Drina
Tarikh Tersiar : Feb. 1997
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(16) Judul : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus
Tarikh tersiar : 15 September 1996 / Sept. 1996
Media : Mingguan Malaysia/ Dewan Budaya
Antologi / Kumpulan Cerpen : Api KL Belum Terpadam (Utusan Publication 1996),
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)
Anugerah : Hadiah Utama - Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1996

(17) Judul : Selagi Lading Masih Di Tangan
Tarikh tersiar : 15 September 1996
Media : Berita Harian
Antologi / Kumpulan Cerpen : Lading Masih Di Tangan (Galeri Melora 1998),
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)
Anugerah : Hadiah Kedua Pertandingan Cerpen Sempena Bulan Budaya Pulau Pinang - YTL - Berita Harian 1996

(18) Judul : Puisi Akhir Musim Bunga
Tarikh Tersiar : Jun 1997
Media : Dewan Siswa
Antologi / Kumpulan Cerpen : Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(19) Judul : Persidangan Agung Wanita Klasik
Tarikh Tersiar : November 1997
Media : Dewan Sastera
Antologi / Kumpulan Cerpen : Kumpulan Cerpen Lading Masih Di Tangan (Galeri Melora, 1998),
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)
Sayembara X : Cerpen Hadiah Esso-Gapena (DBP, 1999)
Anugerah 1: Hadiah Pertama - Hadiah Cerpen Esso-Gapena ke-10

Anugerah 2 : Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97
Anugerah 3 : Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007

(20) Judul : Istimewa Dari Cenma Detara
Tarikh tersiar : 1995/1998
Media : Aspirasi UKM 1994/1995
Antologi / Kumpulan Cerpen : Lading Masih Di Tangan (Galeri Melora 1998)

Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)

(21) Judul : Afidavit Emosi
Tarikh Tersiar : Nov. 1998
Media : Dewan Sastera
Antologi / Kumpulan Cerpen : Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002),
: Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(22) Judul : Impian Tsu-Ryi
Tarikh Tersiar : 6 Ogos 2000
Media : Mingguan Malaysia
Antologi / Kumpulan cerpen : Dinding, Cermin, Nur (Utusan Publication 2000), Impian Tsu-Ryi (Pustaka Nusa 2002)
Anugerah : Hadiah Utama - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000


(23) Judul : Ziarah Izrail
Tarikh Tersiar : November 2000
Media : Dewan Sastera
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(24) Judul : Konspirasi
Tarikh Tersiar : 13 Januari 2002
Media : Mingguan Malaysia
Antologi / Kumpulan Cerpen : Antologi Kepezi Dua (2004),
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(25) Judul : Kasih Di Pintu Rahim
Tarikh Tersiar : Julai 2002
Media : Dewan Budaya
Antologi / Kumpulan Cerpen : Antologi Cerpen Kepezi Satu (2004),
Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(26) Judul : Presiden Rebecca
Tarikh Tersiar : 12 Januari 2003
Media : Mingguan Malaysia
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(27) Judul : Rindu Seorang Rafik
Tarikh Tersiar : Julai 2003
Media : Dewan Sastera
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(28) Judul : Impian Tsu-Ryi 2
Tarikh Tersiar : Disember 2004
Media : Dewan Sastera

Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(29) Judul : Fata Morgana Akhir Musim Yuda
Tarikh Tersiar : 6 Mac 2005
Media : Mingguan Malaysia
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(30) Judul : Saksi Delima Sakti
Tarikh Tersiar : Oktober 2005
Media : Dewan Sastera

Anugerah : Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(29) Judul : Pusaka Cendana
Tarikh Tersiar : 21 Mei 2006
Media : Mingguan Malaysia

Anugerah 1 : Hadiah Penghargaan - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Exxon-Mobil 2006
Anugerah 2 : Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006), Pusaka Cendana (Utusan Publication, 2007)
(30) Judul : Resipi Dari Istana
Tarikh Tersiar : 30 Julai 2006
Media : Berita Minggu
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(31) Judul : Citra Mukhlisah
Tarikh Tersiar : Ogos 2006
Media : Dewan Sastera
Antologi / Kumpulan Cerpen : Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Ujana Ilmu, 2006)

(32) Judul : Minta Secawan Kopi TenomTarikh Tersiar : April 2007
Media : Dewan Siswa
Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011)

(33) Judul : Sepaun Daging HutangTarikh Tersiar : April 2007
Media : Dewan Budaya

Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011)

(34) Judul : Antara Dua Pusara
Tarikh Tersiar : September 2007
Media : Dewan Sastera

Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011)

(34)
Judul : Resipi Dari Istana 2
Tarikh Tersiar : 24 Februari 2008
Media : Berita Minggu

Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011)

(35) Judul : Di Bawah Lindungan Hudaibiyah Tarikh Tersiar : Jun 2008
Media : Dewan Sastera

Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011)

(36) Judul : Resipi Dari Istana 3
Tarikh Tersiar : 15 Februari 2009
Media : Mingguan Malaysia

Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011)

(37) Judul : Aset IstiqamahTarikh Tersiar : September 2009
Media : Dewan Sastera

Anugerah : Hadiah Pertama - Hadiah Cerpen Berunsur Islam ke - 12
Antologi : Karya Sasterawan 2011 - Sempena 50 Tahun PENA  (PENA, 2012)

(38)
Judul : Lemang Nan Sebatang
Tarikh Tersiar : 26 September 2009
Media : Berita Harian
Anugerah : Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2009/2010
Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011)


(39) Judul : Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu
Tarikh Tersiar : 26 Disember 2010
Media : Mingguan Malaysia
Anugerah : Finalis HSKU 2010
Kumpulan Cerpen : Rindu Seorang Rafik (Al-Ameen Serve Holdings, 2011) 













(40) Judul : Seorang Nadim Pada Waktu Subuh 
Tarikh Tersiar : 6 Januari 2013
Media : Berita Minggu


Friday, August 15, 2008

Senarai Puisi

Judul : Kamar Sepi
Tarikh : Jan 1990
Media : Dewan Siswa

Judul : Sumpah Keramat
Tahun : 2003
Media : Antologi Memori Pendeta Za'ba - Gema Serunai Hati 6

Judul : Srikandi Rumah Rindu
Tahun : 2004
Media : Antologi Puisi Bonda Kandung - Gema Serunai Hati 8

Judul : Pusaka Budi Sepanjang Zaman
Tahun : 2003
Media : Antologi Puisi Mengenang Negarawan Ulung - Tun Abdul Razak

Judul : Menunggu Purnama
Tarikh : Julai 2004
Media : Cerekarama TV3 - Dua Jiwa Satu Hati

Judul : Metamorfosis
Tarikh : 5 Dis 2004
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Cinta Ibu Jari
Tarikh : Mac 2005
Media : Majalah Nur

Judul : Si Penggali Kubur Mati Tak Terkubur
Tarikh : April 2005
Media : Dewan Sastera

Judul : Jika Benar Kau Harus Melangkah**
Tarikh : Disember 2005
Media : Dewan Sastera

Judul : Sumpah Setia Tanjung Piai
Tarikh : 29 Januari 2006
Media : Berita Minggu

Judul : Ini Suara Wanita**
Tarikh : Februari 2006
Media : Dewan Sastera

Judul : Fata Morgana Nadim-Za'ba
Tarikh : Ogos 2006
Media : Jendela Selatan, DBP

Judul : Pada Hari Lahirmu
Tarikh : 3 September 2006
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Mencantum Peta**
Tarikh : 3 September 2006
Media : Dewan Sastera

Judul : Nazam Mencintai Alam
Tarikh : November 2006
Media : Pelita Bahasa

Judul : Ketika Anak Gadis Itu Lantang Bersuara**
Tarikh : 10 Disember 2006
Media : Berita Minggu

Judul : Tempua**
Tarikh : 30 Disember 2007
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Selangkah Aku Berdiri Di Belakang Bayang-bayangmu**
Tarikh : Februari 2008
Media : Dewan Sastera

Judul : Resolusi**
Tarikh : 17 Februari 2008
Media : Berita Minggu

Judul : Perdu Peribadi**
Tarikh : Mei 2008
Media : Mangga (Utusan Karya)

Judul : Menikmati Waktu-waktu Terakhir**
Tarikh : Januari 2009
Media : Dewan Sastera

** Disiarkan dengan menggunakan nama samaran

Senarai Novel/Buku


Judul : Mencari Locus Standi
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun : 2004
Anugerah : 1. Hadiah Kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2003
2. Finalis Hadiah Sastera Perdana 2004/2005







Judul : Farris Putera Yang Hilang
Penerbit : MEP Education Consult Sdn Bhd
Tahun : 2005
Anugerah : 1. Anugerah Bitara MBBY 2006 (Kategori Penulis)
2. Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2007 (Kategori Buku Kanak-kanak)








Judul : Puisi Untuk Esdyzuar
Penerbit bersiri : Tunas Cipta (DBP) - terbit secara bersiri Januari 2004 - Februari 2006
Penerbit buku : Al-Ameen Serve Holdings
Tahun 2007









Judul : Tawarikh Cinta
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun : 2008
Anugerah : Hadiah Kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2003






Judul : Karya Kita Hak Kita (Panduan Hak Cipta)
Penerbit buku : Al-Ameen Serve Holdings
Tahun 2008









Judul : Lentera Mustika
Penerbit bersiri : Aniqah (Millenia Muslim Publication)
(Mac 2006 - Mac 2009)
Penerbit buku : PTS Litera Utama
Tahun 2009





Novel Bersiri

Judul : Gapura Purnama
Penerbit : WANITA (Utusan Karya)
Terbit secara bersiri Oktober 2007 - Disember 2009

Sunday, October 09, 2005

Senarai Artikel Sastera

Judul : Revolusi Pemikiran Dalam Sastera Generasi Baru
Tarikh : Mac 1998
Media : Dewan Sastera

Judul : Kematangan Garapan Amaruszati Terselah
Tarikh : 8 Sept 2001
Media : Utusan Malaysia

Judul : Seorang Prof & Kenangan
Tarikh : Julai 2001
Media : Eh!

Judul : Tangisan Bulan Madu - Trilogi yang Mengesankan
Tarikh : 10 Feb 2002
Media : Utusan Malaysia

Judul : Mari Buat Duit
Tarikh : April 2002
Media : Eh!

Judul : Realiti Masyarakat Dipapar Dalam Novel
Tarikh : 8 Mei 2002
Media : Utusan Malaysia

Judul : Kawin-kawin- Satira Untuk Berfikir
Tarikh : 9 Jun 2002
Media : Utusan Malaysia

Judul : Novel CPT: Penelitian Laras Undang-undang
Tarikh : 12 Apr 2003
Media : Utusan Malaysia

Judul : Polemik Definisi Sastera Popular
Tarikh : 25 Mei 2003
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Novel 1515 : Bahan Bacaan Alternatif Remaja
Tarikh : 7 Jul 2003
Media : Utusan Malaysia

Judul : Sastera Milik Kita
Tarikh : Sept 2003
Media : Dewan Sastera

Judul : Impian Tsu-Ryi : Rakaman Satu Dekad
Tarikh : Dis 2003
Media : Tunas Cipta

Judul : Potensi Kedudukan Wanita Dalam Karya Sastera
Tarikh : Jan 2004
Media : Dewan Sastera

Judul : Menulis Itu Amanah
Tarikh : Julai 2004
Media : Dewan Sastera

Judul : Kedai Buku Online : Pilihan Alternatif Kepada Pembeli
Tarikh : Nov 2004
Media : Dewan Sastera

Judul : Penulis Wajar Manfaatkan Weblog
Tarikh : 30 Jan 2005
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Fenomena Yang Harus Dibina
Tarikh : 26 Jun 2005
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Dilema Penulis Fiksyen Inggeris Tempatan
Tarikh : Ogos 2005
Media : Dewan Sastera

Judul : Mengapa Air Mata Gugur di Tanjung Piai?
Tarikh : Sept 2005
Media : Dewan Sastera

Judul : Resolusi di Penghujung Benua
Tarikh : Sept 05
Media : Tunas Cipta

Senarai Artikel Undang-undang

Judul : Masyarakat Litigasi
Tarikh : Nov 2000
Media : Dewan Budaya

Judul : Tergantung Di Awang-awangan
Tarikh : Feb 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Penulis & Hak Cipta
Tarikh : Mac 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Mahkamah Keadilan Antarabangsa : Pencapaian, Keberkesanan & Masa Depan
Tarikh : Mac 2003
Media : Jurnal Kanun

Judul : Berhati-hati Menjadi Penjamin
Tarikh : April 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Novel Cinta Penyerahan Tragedi: Penelitian Laras Undang-undang
Tarikh : 12 April 2003
Media : Utusan Malaysia

Judul : Kesilapan Berwasiat Harta Pusaka
Tarikh : Mei 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Anak Guam Menjadi Keutamaan
Tarikh : Jun 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Saman Fitnah :Menyekat Kebebasan Media?
Tarikh : Ogos 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Masalah Memiliki Rumah Idaman
Tarikh : Ogos 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Aspek Undang-undang Melaka Dalam Novel 1515
Tarikh : 16 Ogos 2003
Media : Dibentangkan di Bicara Penulis Muda Pena

Judul : Wanita Masih Teraniaya
Tarikh : Sept 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Mahkamah Syariah Sukar Diseragamkan
Tarikh : Okt 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Malang Tidak Berbau
Tarikh : Nov 2003
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Hak Penulis dalam Kontrak
Tarikh : Jan 2004
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Memahami Hak Cipta Sastera
Tarikh : 28 Mac 2004
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Karya Jadi Harta Intelektual
Tarikh : 4 Apr 2004
Media : Mingguan Malaysia

Judul : Masih Relevankah ICJ
Tarikh : Julai 2004
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Harta Sepencarian Model daripada Adat Perpatih Negeri Sembilan
Tarikh : Sept 2004
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Jenayah Ragut Meningkat
Tarikh : Okt 2004
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Klasifikasi Undang-undang
Tarikh : Jan 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Memahami Terminologi Undang-undang
Tarikh : Feb 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Apa Itu Hak Cipta
Tarikh : Feb 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Anak Angkat Dibela Undang-undang
Tarikh : Feb 2005
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Mempertahankan Hak Cipta
Tarikh : Mac 2005
Media : Dewan Sastera

Judul : Kualiti Karya & Logo (c)
Tarikh : Mac 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Sistem Mahkamah Di Malaysia 1 - Kenali Mahkamah Rendah
Tarikh : Mac 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Sistem Mahkamah Di Malaysia 2 - Kenali Mahkamah Tinggi
Tarikh : April 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Membuktikan Hak Cipta Sendiri
Tarikh : April 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Karya Terbit Bertindan
Tarikh : Mei 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Tribunal Pengguna : Hak dan Tatacara
Tarikh : Mei 2005
Media : Dewan Masyarakat

Judul : Menerbitkan Karya Sendiri
Tarikh : Jun 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Mahkamah-mahkamah Rayuan
Tarikh : Jun 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Kontrak Penulisan & Royalti
Tarikh : Julai 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Wasiat : Arahan atau Pesanan
Tarikh : Julai 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Hubungan Peguam dan Anak Guam
Tarikh : Ogos 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Memelihara Institusi Keluarga
Tarikh : Sept 2005
Media : Dewan Siswa

Judul : Kes-kes Perlanggaran Hak Cipta
Tarikh : Ogos 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Hak Cipta Karya di Internet
Tarikh : Okt 2005
Media : Tunas Cipta

Judul : Keistimewaan Menjadi Perempuan
Tarikh : Okt 2005
Media : Dewan Siswa

Thursday, September 01, 2005

Dilema Penulis Fiksyen Inggeris Tempatan

PENGENALAN

MENYOROT perkembangan penulis fiksyen berbahasa Inggeris tempatan hari ini menjadi tidak lengkap sekiranya sejarahnya tidak dicungkil kembali. Faktor bahasa dan juga kolonialisme telah menyebabkan pertumbuhan yang rancak sekitar zaman pramerdeka hinggalah peringkat awal pascamerdeka.

Agak sukar untuk membuat dikotomi antara penulis fiksyen dan non-fiksyen dalam bahasa apa sekalipun. Apatah lagi penulis jarang bertumpu hanya pada satu genre penulisan. Tidak dinafikan penulis fiksyen juga turut terlibat sama dalam menyumbang tulisan dan buah fikiran melalui karya non-fiksyen. Walau bagaimanapun, bagi tujuan rencana ini, tumpuan diberikan kepada penulis fiksyen berbahasa Inggeris sahaja, termasuklah genre cerpen, puisi dan juga penulisan skrip drama.

SEJARAH

Menurut K.S. Maniam dalam tulisannya The New Diaspora, beliau merujuk kepada tiga zaman yang penting dalam sejarah tanah air. Sejarah yang terbentuk dalam ketiga-tiga zaman ini mewujudkan kelompok penulis yang mempunyai pendekatan yang agak berbeza. Zaman yang dimaksudkan ialah zaman selepas Perang Dunia Kedua, zaman pascamerdeka dan zaman di antara tahun 1970 hingga sekarang.

Beliau turut menyifatkan zaman selepas Perang Dunia Kedua sebagai tempoh penuh traumatik bagi rakyat negara ini. Penjajahan Jepun memberi kesan kepada proses pencarian semula potensi diri yang telah dilemahkan oleh penjajahan.

Period kedua pula merupakan satu tempoh penubuhan sebuah negara yang baru lahir serta proses pencarian identiti negara di samping pembentukan negara pelbagai bangsa.

Manakala zaman yang ketiga pula ialah suatu tempoh apabila rakyat Malaysia diberi peluang sama ada untuk memperkukuhkan jati diri pada akar budaya bangsa masing-masing ataupun keluar daripada kepompong etnik dan mencari hala tuju di peringkat global.

Kewujudan budaya imigran terutama sekali Baba Melaka dikatakan sebagai kumpulan yang terawal menggunakan bahasa Inggeris untuk tujuan kreatif di Tanah Melayu. Beberapa percubaan menulis puisi dalam bahasa Inggeris bermula pada akhir tahun 40-an.

Seorang penyair besar Singapura, Edwin Thumboo melihat perkembangan sastera ini “while literature in Chinese worked on ethnic themes which kept alive associations with the parent country, and Malay literature pursued a nationalist policy, English offered itself as a liberating possibility." (apabila sastera bagi kaum Cina bergerak sekitar tema yang bersifat etnik dengan mengaitkan hubungan dengan negeri China, sementara sastera Melayu pula menegakkan polisi nasionalis, sastera Inggeris dilihat menawarkan satu peluang untuk membebaskan diri daripada kedua-duanya.)

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh yang terlibat secara langsung dalam kedua-dua dunia sastera Inggeris dan Melayu di Malaysia, turut berpendapat bahawa sejarah penjajahan Tanah Melayu pada ketika itu banyak memberi kesan kepada perkembangan penulisan sastera Inggeris tempatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa persoalan bahasa pada awal tahun-tahun 50-an dan 60-an masih lagi kuat dipengaruhi Inggeris. Fenomena dan dasar pendidikan pada ketika itu memungkinkan ramai pelajar terutamanya, menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menjadi pemangkin kepada kelahiran penulis-penulis sastera Inggeris.

Nama-nama besar seperti Ee Tiang Hong, Edwin Thumboo, Muhammad Haji Salleh, Shirley Lim, K.S. Maniam, dan Wong Phui Nam membina tapak dunia penulisan sastera Inggeris mereka pada sekitar zaman ini.

Walau bagaimanapun, penulis fiksyen Inggeris ini seperti bermain-main di halaman rumah sendiri. Pada ketika ini masih wujud semacam jurang antara penulis sastera Melayu berbanding sastera Inggeris meskipun dengan cara yang tidak nyata.

Peristiwa 13 Mei 1969, memaksa negara yang masih baru ini segera membentuk perpaduan. Bahasa dilihat sebagai elemen sangat penting yang boleh menyatukan semua kaum di Tanah Melayu. Kelahiran nasionalisme pula dilihat seperti memberi satu bentuk definisi kepada kedudukan kaum. Kaum bukan bumiputra kini harus bekerjasama dengan penduduk pribumi untuk membawa negara ke arah merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu.

Penekanan aspek bahasa sebagai penyatu semua kaum, Dasar Bahasa Kebangsaan dan penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” telah diserapkan bukan sekadar dalam surat rasmi kerajaan, penyiaran di radio dan televisyen malah sehinggalah ke sekolah-sekolah.
Hasilnya wujudlah generasi hari ini yang dibesarkan dengan Bahasa Melayu dan secara tidak langsung golongan yang menulis dalam Bahasa Inggeris semakin kurang mendapat tempat yang utama dalam agenda negara.

Namun ada sesetengah pihak yang tidak dapat menerima penerapan dasar negara yang baru pada waktu tersebut. Ini termasuklah beberapa kelompok penulis sastera Inggeris yang selama ini bergelumang dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Perubahan ini dirasakan agak mendadak dan menerima pelbagai reaksi.

Eddie Tay pernah menyebut dalam tulisan beliau yang berjudul Unsettling Ways of Exile : The Unhomely in the Poetry of Wong Phui Nam bahawa penyair Wong Phui Nam dilihat melalui satu tempoh pengasingan minda (The Exile of the Mind) dalam tempoh tersebut.

Terdapat beberapa bentuk pengasingan iaitu penulis ataupun intelektual tempatan yang merasa terasing dalam negara sendiri sama ada kerana latar sejarah, bahasa ataupun pendidikan.

Pengasingan minda ini dihadapi oleh Wong Phui Nam apabila keturunan keluarganya merupakan diaspora Cina; dalam masa yang sama beliau merupakan produk pendidikan kolonial yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Secara tidak langsung, penyair seperti beliau terpinggir oleh ideologi politik Malaysia yang dominan dalam menentukan hala tuju sebuah negara.

Namun demikian, Wong Phui Nam memilih untuk tidak meninggalkan negara dan terus berkarya di Malaysia. Beliau tidak mengikut jejak, misalnya Shirley Lim (kini di University of California, Santa Barbara) yang meninggalkan Melaka selepas 13 Mei 1969 dan mendiang Ee Tiang Hong yang berhijrah ke Perth pada tahun 1975.

Reaksi Ee berbunyi : “The fact that there have been many and different orders of tradition in Malaysia, each with its own distinctive roots, and several roots have tangled and intertwined for generations. It was a political decision which determined which root should be nurtured, and which pulled out.” (Oleh kerana terdapat tradisi yang berbeza-beza di Malaysia, masing-masing mempunyai akar budaya tersendiri dan ada antara akar tersebut seakan-akan terbelit sesama sendiri hingga ke beberapa generasi. Keputusan politiklah yang menentukan akar mana yang perlu dipelihara dan akar mana yang perlu dicabut keluar.)

Lontaran rasa Ee terasa seperti ada nada rajuk yang tidak berkesudahan di kalangan penulis sastera Inggeris pada ketika itu. Beliau merujuk kepada keputusan politik yang mengangkat satu komuniti sastera berbanding yang lain atas nama nasionalisme.

Apabila Perlembagaan Persekutuan mengangkat taraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, ia memberi kesan terhadap perkembangan sastera di Malaysia, sama ada sastera Inggeris ataupun sastera Melayu. Akibatnya penulis sastera Inggeris di Malaysia secara tidak langsung merasa diketepikan seperti kata Lloyd Fernando, karya penulis bukan Melayu yang tidak menulis dalam bahasa Melayu tidak dimasukkan ke dalam Sastera Kebangsaan, tetapi diasingkan ke dalam kumpulan yang dinamakan Sectional Literature. Penggunaan terma ini menurut Lloyd lagi menjadikan karya sastera yang ditulis dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu sebagai sastera kelas kedua dalam negara sendiri.

Meskipun Wong Phui Nam tidak mengikuti jejak Shirley dan Ee Tiang Hong, dan beliau menerima suasana dalam negara yang meletakkan beliau sebagai ‘orang luar’ dalam konteks sastera kebangsaan, karya-karya beliau turut menyuarakan rasa hatinya tentang keadaan politik dan budaya di Malaysia.

Dalam karyanya, Nocturnes and Bagatelles, Wong menggambarkan situasi sebagai penulis bukan Melayu yang dialaminya :

How long must I bend
in this uncertainty
I in my thought like flowers
toward every uncertain light,
how long must I labour
working from every bud
which folds within its calyx my emptiness
toward each promise of rain
that I in my separateness
shuld move toward full flowering of the human
that my words may quicken
with the grief and laughter
of every alien heart.


SN Muhammad Haji Salleh dikatakan turut mengalami situasi yang hampir sama dengan Wong Phui Nam. Cuma yang membezakan hanya kedudukan Muhammad sebagai orang Melayu yang mempunyai pilihan untuk menguasai sastera Melayu.

Dato’ Baha Zain pernah menyebut bahawa apabila Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu benar-benar menjadi alat yang menyatukan golongan penulis hingga dilihat mampu mendorong penulis sastera Inggeris tempatan menulis dalam Bahasa Melayu. Muhammad Haji Salleh dan Krishen Jit turut menyumbang karya dalam bahasa kebangsaan. Lalu, desakan dan pencarian ruang untuk menulis telah melahirkan majalah yang khusus untuk sastera Melayu iaitu Dewan Sastera pada tahun 1971.
Dilema untuk penulis-penulis fiksyen Inggeris tempatan bertambah apabila ruang untuk menulis seperti sudah tidak ada lagi.

SENARIO HARI INI

Temuramah dengan beberapa penulis fiksyen Inggeris tempatan menawarkan perspektif yang berbeza. Dalam pada itu, masih ada lagi beberapa cabaran yang berulang sejak dari zaman pramerdeka hinggalah ke hari ini.
Sharon Bakar, seorang editor bebas dan juga warganegara British yang telah menetap di Malaysia lebih daripada 20 tahun, menyebut tentang jumlah pembaca fiksyen Inggeris tempatan masih lagi secara relatifnya kecil. Ini ditambah pula dengan masalah menerbitkan karya fiksyen Inggeris di Malaysia. Kekurangan sokongan terhadap penulis dalam bentuk kursus penulisan, kemudahan, bengkel dan acara turut menyumbang kepada kurangnya jumlah penulis fiksyen Inggeris tempatan.

Dina Zaman, Editor Malaysiakini turut menyuarakan perkara yang sama. Beliau menambah, tidak banyak penerbit di Malaysia yang mahu menerbitkan karya fiksyen Inggeris penulis tempatan.

Tiada sebarang bentuk pengiktirafan diberikan oleh mana-mana organisasi kepada penulis. Apatah lagi, tidak banyak sayembara yang boleh membantu merancakkan lagi senario penulisan kreatif berbahasa Inggeris dewasa kini.

Masalah demikian menyebabkan sebilangan besar daripada penulis fiksyen Inggeris menghasilkan skrip teater dan terlibat dengan penerbitan filem. Kekurangan sokongan dari aspek editorial dan juga kewangan telah melihat penghijrah ke genre yang lebih popular ini.
Menyedari hakikat dan cabaran yang dihadapi oleh penulis fiksyen Inggeris tempatan, Silverfish Books telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah syarikat penerbitan dan sekaligus sebuah kedai buku bagi memenuhi hasrat membantu penulis-penulis ini.

Pemiliknya, Encik Raman, menyatakan tujuan Silverfish Books ditubuhkan sejak Jun 1999 ialah antara lain, sebagai sebuah kedai buku alternatif untuk pembaca serius yang memerlukan bahan bacaan berkualiti serta suasana persekitaran kedai buku yang menyenangkan pembaca. Raman turut mengakui bahawa pasaran buku Inggeris tempatan agak sederahana iaitu sekitar 1,500 hingga 2,000 naskhah bagi judul-judul tertentu.

Meskipun Silverfish Books tidak mengadakan sebarang bentuk anugerah penulisan, namun ia membuka peluang yang luas kepada penulis serta calon penulis untuk menerbitkan hasil karya mereka. Beliau melihat banyak bakat yang tumbuh tetapi kelompok penulis ini masih memerlukan kemahiran berbahasa serta disiplin diri sebagai penulis bagi memungkinkan mereka diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.

Dengan dana yang terhad serta merasakan kelompok mereka sebagai penulis pinggiran yang tidak dapat menyertai arus perdana sastera kebangsaan, penulis-penulis fiksyen Inggeris tempatan bekerja keras untuk merealisasikan bahawa mereka juga punya tempat dalam dunia sastera tempatan mahupun antarabangsa.

Kelompok ini bukannya ketandusan bakat. Mereka ada penulis-penulis yang boleh diketengahkan seperti Bernice Chauly, Amir Muhammad, Kee Thuan Chye, Edwin Khoo dan Rosihan Zain (sekadar menyebut beberapa nama).

Mereka tidak dapat mengharapkan sebarang sokongan daripada kerajaan ataupun mana-mana institusi. Dengan yang demikian, mereka tidak boleh menjadi penulis sepenuh masa. Ini menambah lebih banyak cabaran kepada penulis-penulis ini apabila mereka wajib memiliki kerja tetap dan menulis hanyalah sebagai minat sampingan.

Kelembapan penerbit karya berbahasa Inggeris ini sedikit sebanyak mengurangkan peluang penulis tempatan mengambil bahagian apatah lagi memenangi anugerah di peringkat antarabangsa. Senario ini juga telah menyebabkan beberapa penulis ‘melarikan diri’ dan menerbitkan karya mereka di negara luar seperti Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Hal inilah sedikit sebanyak mendorong nama-nama besar dalam dunia penulisan fiksyen Inggeris tempatan seperti Shirley Lim dan K.S. Maniam, misalnya menerbitkan karya mereka di negara luar. Ini tidak menghairankan kerana peluang untuk menerbitkan karya dalam Bahasa Inggeris sememangnya lebih terbuka di sana.

K.S. Maniam juga telah memenangi The Raja Rao Award 2000 atas sumbangan beliau yang sangat cemerlang dalam bidang Diaspora Sastera Asia Selatan.

Peluang yang terbuka ini jugalah yang telah dimanfaatkan oleh penulis Rani Manicka yang baru-baru ini memenangi Hadiah Penulis Komenwel 2003 menerusi novel sulungnya The Rice Mother. Rani yang dilahirkan dan mendapat pendidikan di Malaysia merupakan graduan ekonomi yang kini menetap di United Kingdom. Novel tersebut memenangi kategori Asia Tenggara dan Pasifik Selatan.

Fenomena yang menarik perhatian sastera Inggeris tempatan pula ialah penulis muda Tash Aw yang menghasilkan novel The Harmony Silk Factory. Penulis ini walaupun dilahirkan di Taipei tetapi dibesarkan di Bangsar, Kuala Lumpur. Bapanya seorang jurutera kelahiran Kota Bharu sementara ibunya berasal dari Ipoh.

Ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Warwick University, beliau turut mendaftarkan diri dalam kursus penulisan kreatif di University of East Anglia, London.
Mereka berdua merupakan dua contoh penulis Malaysia yang berjaya kerana diberi peluang menerbitkan karya di luar negara. Pasaran buku di peringkat antarabangsa pula lebih memberangsangkan.

Malang sekali, sebagai rakyat Malaysia, kita hanya dapat berbangga dengan pencapaian mereka di peringkat antarabangsa. Sayangnya mereka tidak tinggal di Malaysia. Rani Manicka dan Tash Aw menetap di United Kingdom. Shirley Lim dan K.S.Maniam pula di Amerika Syarikat.

Apakah senario ini seolah-olah mencadangkan kepada penulis tempatan supaya berhijrah untuk membolehkan karya mereka lebih mudah diterbitkan dan seterusnya mudah dipasarkan. Bukan sedikit pengiktirafan yang diperoleh penulis-penulis ini di peringkat antarabangsa. Namun mereka tidak mendapat pengiktirafan yang setaraf di peringkat kebangsaan.

Raman dari Silverfish tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Menurut beliau penulis yang ingin diiktiraf di peringkat antarabangsa harus menulis tentang pengalaman di Malaysia. Pengalaman unik inilah yang dicari-cari oleh masyarakat pembaca antarabangsa.

Menyentuh aspek pengiktirafan yang diberikan di peringkatan tempatan, baru-baru ini Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – Exxon-Mobil telah mengumumkan kategori baru dalam sayembara tahunan mereka. Kali ini pihak Utusan dan Exxon-Mobil ‘membuka’ pintu kepada penulis fiskyen Inggeris untuk mengambil bahagian dalam pertandingan novel remaja Bahasa Inggeris.

Timbul pelbagai reaksi masyarakat sastera tempatan tentang perkara ini. Ada yang menyifatkan sebagai sesuatu yang amat positif lantaran peluang sebegini bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh penulis fiksyen Inggeris tetapi ia seolah-olah membina jambatan istimewa antara penulis sastera Melayu dan sastera Inggeris.

Pada sisi yang lain pula, tindakan pihak penganjur kelihatan janggal kerana Kumpulan Utusan yang sebelum ini dikenali sebagai Utusan Melayu Berhad merupakan media yang secara tekal memperjuangkan Bahasa Melayu, kini mewujudkan sayap baru dalam perjuangannya.

Persoalannya apakah Kumpulan Utusan wajar menggalas tanggungjawab memberi wadah kepada penulis fiksyen Inggeris sedangkan tiada inisiatif yang serupa diambil oleh akhbar-akhbar berbahasa Inggeris yang lain. Kalau pada awal tahun 90-an, akhbar The New Straits Times dengan kerjasama Shell pernah mengadakan sayembara cerpen Bahasa Inggeris. Tetapi kini agak sukar mencari sebarang sayembara yang serupa dalam mana-mana akhbar berbahasa Inggeris.

Wakil Utusan Publication & Distributors menerangkan bahawa setakat ini promosi hanya dibuat dalam akhbar Mingguan Malaysia dan belum ada publisiti dalam mana-mana media berbahasa Inggeris.

Apakah usaha ini memadai sedangkan beberapa penulis fiksyen Inggeris yang dihubungi tidak mengetahui tentang kewujudan sayembara ini. Kemungkinan pihak penganjur mempunyai perancangan dan agenda yang tersendiri dalam menangani perkara ini.

Walau bagaimanapun, biarlah ia terakam dalam sejarah bahawa pihak yang bertanggungjawab dalam memperjuangkan nasib sastera Melayu dalam masa yang sama tidak pernah melupakan penulis-penulis bukan sastera Melayu. Barangkali selepas ini, tanggungjawab ini akan dapat dilihat dengan lebih objektif oleh pihak yang seharus menggalas harapan penulis-penulis fiksyen Inggeris tempatan.

Penulis fiksyen Inggeris tempatan mempunyai masa depan yang cerah. Mereka sudah membina khalayak tersendiri. Berdasarkan latar belakang pendidikan, generasi penulis muda hari ini tidak kira sama ada berbangsa Melayu ataupun etnik yang berbeza telah mula menceburkan diri dalam penulisan fiksyen Inggeris.

Namun mereka masih lagi memerlukan sokongan daripada banyak pihak sebelum dapat melangkah dengan yakin di persada sastera tempatan mahupun antarabangsa.
BIBLIOGRAFI